Search This Blog

Wednesday, December 2, 2009

Etiqa Takaful Am






TEES – Takaful Employer Employee Synergy




1.0 SYARAT - SYARAT AM

1.1 Kelayakkan

Pekerja tetap dan sepenuh masa yang aktif bekerja, berumur diantara 18 tahun hingga 60 tahun (pada

harijadi berikutnya) adalah layak menyertai skim ini. Perlindungan boleh diperbaharui sehingga pekerja

mencapai umur 65 tahun.


1.2 Bilangan Minima Pekerja

Bilangan minimum pekerja diperlukan untuk melaksanakan pakej ini adalah 5 orang dengan jumlah minimum

sumbangan tahunan sebanyak RM500 sahaja.



1.3 Terma Penyertaan

Penyertaan 100 % dari pekerja sekiranya skim adalah wajib dan majikan membayar sumbangan sepenuhnya.

Penyertaan sekurang-kurangya 75% dari pekerja dikehendaki jika pekerja membayar sebahagian atau

kesemua sumbangan

Perlindungan adalah mengikut jawatan pekerja


2.0 PELAN TAKAFUL SENERGI MAJIKAN - PEKERJA



i. Pelan Asas - Takaful Keluarga Berkelompok

ii. Pelan Opsyen
a). Pelan 36 Penyakit Kritikal
b). Pelan Kemalangan Diri
c). Pelan Hospital Dan Surgeri







2.2 ii. OPSYEN 2 - PELAN KEMALANGAN DIRI






Nota

a) Pengasingan tempoh keilatan untuk pekerja adalah 14 hari dan tanggungannya adalah 90
hari.
b) Penyertaan pasangan dan anak-anak.
c) Pasangan yang layak adalah berumur 16 hingga 60 tahun (hari jadi akan datang)
d) Anak yang belum berkahwin, lebih dari 30 hari hingga umur 19 tahun atau 23 tahun jika
masih seorang pelajar sepenuh masa dan tidak bekerja untuk pendapatan.
e) Pekerja mestilah menyertai skim ini un tuk membolehkan penyertaan pasangan dan
anak-anaknya.


3.0 KEKECULIAN

Penglibatan individu atau pekerja dalam industri berisiko tinggi berikut perlu dirujuk terlebih dahulu;

i. Tugasan yang berkaitan dengan bahan letupan, cecair atau gas mudah terbakar.
ii. Penerbangan dan risiko pelayaran (bukan berjadual).
iii. Perlombongan bawah tanah.
iv. Aktiviti penggalian dan penembusan.
v. Penyelamat laut dalam.
vi. Kuari yang melibatkan bahan letupan.
vii. Pembinaan, pembaikan dan pemusnahan bangunan tinggi, jambatan dan empangan.
viii. Pembinaan dan pembaikan kapal laut.
ix. Syarikat minyak - penggalian, pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran (selain daripada
pengedaran biasa)
x. Perkhidmatan bomba, tentera laut, darat dan udara.
xi. Semua jenis pekerjaan yang memerlukan teknologi luar biasa (teknologi komunikasi di
kawasan pergunungan, pemasangan alat kuasa tinggi dsb).
xii. Organisasi kebajikan, kumpulan sukan profesional, ahli akrobatik & organisasi
kejururawatan.


Rumah & Barangan

Memberi perlindungan kepada pemilik rumah kediaman dengan satu kadar yang lebih menarik dan murah.

PERKARA DILINDUNGI
Rumah-rumah kediaman yang boleh diberi perlindungan termasuklah rumah pangsa, pangsapuri dan pejabat di rumah, kandang kuda dan garaj kereta yang terdapat di premis yang sama.


MANFAAT
Sijil Takaful ini memberi perlindungan kepada Peserta akibat dari kerugian atau kerosakan yang berpunca akibat bencana berikut:-

  • Kebakaran, kilat/petir atau kebakaran bawah tanah
  • Letupan
  • Kejatuhan pesawat udara dan lain-lain peralatan udara dan/atau barang-barang yang jatuh daripadanya
  • Perlanggaran oleh kenderaan
  • Pecahan atau limpahan tangki air domestik, peralatan atau pai p-paip tidak termasuk:-
    • RM50.00 pertama bagi setiap tuntutan
    • Kerosakan semasa rumah kediaman ditinggalkan tanpa perabot dan peralatan
    • Kerosakan pada tangki dan peralatan yang pecah
  • Kecurian tetapi hendaklah beserta dengan kesan yang jelas semasa cuba masuk atau keluar dari bangunan tersebut. (Sekiranya rumah kediaman itu ditinggalkan tanpa penghuni melebihi 90 hari maka perlindungan ini akan terhenti serta merta di hari-hari yang melebihi 90 hari tanpa penghuni tersebut melainkan telah dipersetujui oleh syarikat)
  • Badai, siklon, taufan, ribut tertakluk kepada fasal ekses terkandung di dalam sijil
  • Gempabumi atau letupan gunung berapi tertakluk kepada fasal ekses terkandung di dalam sijil
  • Banjir, tidak termasuk kerugian disebabkan kerosakan akibat ge linciran atau tanah runtuh tertakluk kepada fasal ekses terkandung di dalam sijil

JENIS PERLINDUNGAN

Seksyen I

Kerosakan kepada bangunan

Memberi perlindungan kepada peserta akibat daripada kerosakan yang berlaku akibat daripada risiko yang dilindungi.


Seksyen II
Kehilangan & kerosakan kepada barang-barang

Memberi perlindungan atas kerosakan dan kehilangan barang-barang isi rumah yang dilindungi akibat daripada kejadian yang dilindungi.

Barang-barang isi rumah yang dilindungi adalah termasuk barang-barang persendirian (melainkan yang disebut tidak dilindungi di dalam sijil) kepunyaan peserta dan juga keluarga peserta yang tinggal bersamanya.

Seksyen III A


Kehilangan Sewaan

Memberi perlindungan gantirugi kepada peserta diatas sewa yang kena bayar ketika menduduki premis lain semasa premis/rumah kediaman yang dilindungi sedang dibaiki akibat daripada peril yang dilindungi.Liabiliti syarikat adalah tertakluk kepada maksima 10% daripada jumlah perlindungan.

Seksyen III B
Liabiliti kepada awam


Perlindungan ini juga akan membayar segala tuntutan dimana peserta adalah dipertanggung jawabkan untuk membayar oleh mahkamah akibat daripada kemalangan yang berlaku semasa tarikh perlindungan dan dipremis yang dilindungi:-

  • Kecerderaan yang dialami oleh orang awam yang bukan ahli keluarga dan juga pekerja peserta
  • kerosakan kepada harta benda atau barang persendirian orang awam yang bukan dimiliki dan tanggungan peserta, keluarga peserta dan juga pekerja peserta.
  • Jumlah bayaran pula adalah tidak melebihi had yang telah ditetapkan didalam sijil perlindungan untuk sesuatu kemalangan atau siri kemalangan.



Insurans Perjalanan

Etiqa Takaful Kemalangan Diri Perjalanan merupakan satu perlindungan jangka pendek yang boleh disertai secara perseorangan atau berkeluarga.

Perlindungan bermula pada tarikh mula perjalanan h ingga tiba ke destinasi, meliputi tempoh berada di sana dan kembali ke tempat mula.

FAKTOR PENGUNDERAITAN
- Tempoh Perjalanan
- Destinasi dan tujuan perjalanan.
- Jenis pengangkutan

KELAYAKAN PENYERTAAN
- Peserta 16 hingga 60 tahun
- Tanggungan - 5 tahun keatas

ASAS AMAUN PERLINDUNGAN
- Kematian / hilang upaya kekal RM 10,000
- Perbelanjaan perubatan RM 500,000

PERLINDUNGAN MAKSIMA
- Tertakluk kepada persetujuan Etiqa Takaful/Peserta.

MANFAAT PERLINDUNGAN
- Kematian
- Hilang upaya kekal
- Perbelanjaan perubatan (sehingga RM 2,000)

TEMPOH PERLINDUNGAN
- Bergantung kepada tempoh perjalanan.

SUMBANGAN
- Bagi setiap jumlah perlindungan RM 10,000 seperti jadual di bawah:-



Milikku

Skim Takaful Milikku ini merupakan satu pakej produk 4 dalam 1 yang memberi perlindungan ke atas pemilik rumah, isi rumah, aset dan barang-barang yang bernilai. Pakej ini juga memberi perlindungan ke atas kematian atau keilatan kekal yang disebabkan oleh kemalangan.

Pakej ini merangkumi empat kombinasi produk individu seperti dinyatakan di bawah.

KOMBINASI PRODUK YANG DITAWARKAN

Takaful Pemilik Rumah

Perlindungan ke atas rumah dari sebarang kerosakan dan kerugian yang disebabkan oleh musibah seperti berikut:

  • Kebakaran, kilat/petir atau kebakaran bawah tanah
  • Letupan
  • Kejatuhan pesawat udara dan lain-lain peralatan udara
  • Perlanggaran ke atas bangunan
  • Pecahan atau limpahan air tangki, peralatan atau paip-paip air
  • Pecah rumah dengan tujuan untuk mencuri
  • Gempa bumi/letupan gunung berapi
  • Ribut, harikan
  • Banjir

Takaful Isi Rumah

Perlindungan ke atas semua perkakas rumah dari sebarang musibah seperti yang disenarai di dalam Takaful Pemilik Rumah.

Takaful Semua Risiko

Perlindungan ke atas barang-barang berharga dari sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh kebakaran, kecurian atau kemalangan samada di rumah atau di luar rumah. Segala salinan resit pembelian atau bukti pembelian mestilah disertakan bersama dengan borang permohonan.

Takaful Kemalangan Diri

Perlindungan kemalangan diri 24 jam yang menyebabkan kematian atau hilang upaya kekal kepada mana-mana individu yang berumur antara 18 hingga 65 tahun.


Kemalangan Diri

Menyediakan perlindungan bagi kemalangan diri bagi mana-mana orang perseorangan yang berumur antara lapan belas (18) hingga enam puluh lima (65) tahun dan juga perlindungan berkelompok untuk organisasi, syarikat, sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Jenis-jenis Perlindungan Kemalangan Diri yang ditawarkan:
Perlindungan Kemalangan Diri Individu

  • Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok
    • Organisasi, syarikat, persatuan
    • Sekolah Rendah/Tadika
    • Sekolah Menengah
    • Universiti/Kolej
  • Perlindungan Kemalangan Diri Dalam Perjalanan (Travel PA)
  • Perlindungan Kemalangan Diri Pemandu & Penumpang
  • Kenderaan Persendirian.
  • Pakej Umrah dan Ziarah



MANFAAT

Berikut adalah manfaat yang diberikan di bawah skim ini:

Kematian akibat kemalangan

Kematian serta merta atau kematian yang berlaku dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kemalangan.

Hilang Upaya/Kecatatan

Hilang Upaya/Kecatatan Kekal merujuk kepada hilang upaya yang disebabkan oleh kemalangan yang menghalang orang dilindungi daripada melibatkan diri dalam apa-apa jenis perniagaan atau pekerjaan atau menjalankan sebarang tugas, bagi memperolehi upah atau keuntungan

Syarat bagi menentukan samada hilang upaya tersebut adalah kekal ia mestilah berterusan bagi tempoh tidak kurang daripada 6 (enam) bulan.

Kehilangan kedua tangan atau kedua kaki atau sebelah tangan dan sebelah kaki atau kedua mata adalah disifatkan sebagai hilang upaya menyeluruh dan kekal.

Kehilangan bagi tangan dan kaki bererti putus pada atau di pergelangan tangan dan buku lali; bagi mata, hilang penglihatan sepenuhnya dan tidak dapat dipulihkan.

Hilang Upaya Sementara Menyeluruh (Manfaat Mingguan)

Skim ini biasanya dilanjutkan untuk meliputi faedah mingguan sehingga seratus empat (104) minggu jika Peserta mengalami hilang upaya sementara menyeluruh yang disebabkan oleh sesuatu kemalangan.

Hilang Upaya Sementara Menyeluruh bermaksud seseorang yang hilang upaya secara menyeluruh buat sementara waktu yang menghalangnya melibatkan diri dalam apa-apa jenis perniagaan atau pekerjaan atau menjalankan sebarang tugas bagi memperolehi upah atau keuntungan disebabkan kemalangan.

Hilang Upaya Sementara Separa (Manfaat Mingguan)

Skim ini juga dilanjutkan untuk meliputi faedah mingguan sehingga seratus empat (104) minggu jika Peserta mengalami hilang upaya sementara separa yang disebabkan oleh sesuatu kemalangan.

Ini bermaksud hilang upaya yang dialami adalah hanya kepada sebahagian daripada anggota badan.

Perbelanjaan Perubatan

Syarikat akan membayar perbelanjaan rawatan perubatan ke atas mana-mana kecederaan tubuh badan yang diakibatkan oleh kemalangan.

Perbelanjaan ini tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh syarikat.



Motor

Melindungi peserta bagi kerosakan atau kehilangan kepada kenderaan dan liabiliti kepada pihak ketiga.

Perkara dilindungi

Melindungi peserta bagi kerosakan atau kehilangan kepada kenderaan dan liabiliti kepada pihak ketiga.

MANFAAT

Seksyen I - Kehilangan atau kerosakan

Peserta akan dilindungi apabila kenderaan mengalami kerosakan atau hilang dalam keadaan berikut:

  • Perlanggaran atau terbalik yang tidak disengajakan
  • Perlanggaran atau terbalik disebabkan oleh kerosakan teknikal
  • Perlanggaran atau terbalik disebabkan oleh haus dan lusuh
  • Kerosakan akibat hentaman oleh objek yang terjatuh dengan syarat tiada berlaku banjir, taufan, hurikan, ribut, badai, letupan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh atau lain-lain konvulsi alam semulajadi
  • Kebakaran, letupan atau kilat
  • Perbuatan mencuri dari rumah kediaman, pecah rumah atau kecurian
  • Perbuatan niat jahat
  • Dalam perjalanan (termasuk memuat atau memunggah) melalui:
    • Jalan raya, rel, jalan air pendalaman
    • Jalan laut lepas merentasi selat antara Pulau Pinang dan Tanah Besar

Seksyen II - Liabiliti kepada pihak ketiga

Kami juga akan mengendalikan bayaran jumlah yang mana peserta atau pemandu yang dibenarkan yang bertanggungjawab di sisi undang-undang termasuk kos dan perbelanjaan pihak yang menuntut bagi:

  • Kematian atau kecederaan anggota yang dialami oleh pihak ketiga
  • Kerosakan harta benda akibat kemalangan disebabkan oleh penggunaan kenderaan Peserta

JENIS SIJIL

  • Sijil Takaful Kereta Persendirian
  • Sijil Takaful Motorsikal
  • Sijil Takaful Kenderaan Komersial

3 comments:

  1. assalamualaikum mr shahril...
    pertanyaan sy ialah, jika kelab atau persatuan ingin mengadakan program permotoran samada travel atau lumba motor. apakah jenis insurans yang perlu di ambil? apakh pelan insurans yang melindungi 1 family?
    terima kasih

    ReplyDelete